MENTERI BELIA DAN SUKAN MALAYSIA
YB.
Datuk Ahmad Shabery Cheek

Rakyat Malaysia Belum Miliki Budaya Sukan Tinggi

-Shabery Cheek

KLANG, 1 Ogos (Bernama) -- Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata rakyat negara ini masih belum memiliki budaya sukan yang tinggi kerana terdapat sesetengah kejohanan sukan yang kurang popular tidak mendapat sambutan terutama dari jumlah bilangan penonton yang tidak ramai.

Beliau berkata situasi itu berbeza dengan negara yang memiliki budaya sukan yang tinggi kerana apa sahaja permainan yang dipertandingkan pasti akan mempunyai penonton yang ramai.

"Walaupun kita mempunyai atlet bertaraf dunia tetapi orang kita belum ada minat untuk menonton permainan seperti kriket sedangkan kalau di negara lain seperti Pakistan dan India, mereka boleh berperang hanya kerana keputusan perlawanan kriket.

"Seperti lawn-ball (boling padang), ia masih dianggap sukan baru yang dikatakan seronok untuk bermain tapi belum sampai ke peringkat seronok untuk menonton," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Kejohanan Boling Padang Merdeka Asia Pasifik Keempat di Stadium Tertutup Bayuemas di sini Sabtu, yang turut dihadiri Presiden Persekutuan Lawn Bowls Malaysia (PLBM) Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid.

Ahmad Shabery berkata demikian ketika diminta mengulas keadaan stadium yang lengang tanpa kehadiran penonton menyaksikan kejohanan selama lima hari sehingga 5 Ogos itu walaupun melibatkan penyertaan 13 negara termasuk Malaysia yang akan mempertahankan kejuaraan dalam tiga daripada empat acara yang dipertandingkan.

Justeru, beliau berkata peranan media massa terutamanya media elektronik sangat diperlukan bagi membantu memupuk budaya sukan di kalangan rakyat selain mempromosikan sukan-sukan yang dianggap kurang popular.

"Media sepatutnya memainkan peranan yang lebih, saya tidak kata media langsung tidak main peranan cuma tidak cukup ruang (diberikan untuk slot sukan) terutama media elektronik seperti televisyen dan sebagainya.

"Misalnya golf, dulu orang tidak anggap satu sukan yang seronok ditonton tetapi dengan kebijaksanaan wartawan sukan dan jurukamera, ia jadikan permainan itu begitu menarik. Saya percaya permainan lawn ball yang perlukan banyak fokus dan teknik serta latihan kalau dapat diolah dengan baik (di media) dan menarik orang bermain, saya percaya permainan ini akan dapat menarik minat ramai penonton," katanya.

Mengulas mengenai pasukan bola sepak Harimau Muda yang bakal bergelar juara Liga Perdana 2009 sekiranya menewaskan Kuala Lumpur esok tetapi berkemungkinan tidak akan mendapat sebarang habuan, Ahmad Shabery berkata kementeriannya tidak mempunyai kuasa untuk campur tangan dalam perkara itu memandangkan pasukan itu berada bawah pengurusan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Bagaimanapun katanya Harimau Muda seharusnya sudah memahami dari awal lagi tujuan dan implikasi mereka ketika menyertai Liga Perdana.

"Tujuan asal mereka sertai Liga Perdana pun hanya untuk pendedahan. Tidak mendapat hadiah adalah perkara kedua tetapi yang utama ialah pengiktirafan yang bakal diperolehi sekiranya mereka menang, itu lebih penting.

"Sekiranya mereka diiktiraf saya kira kedudukan mereka sama dan ruang bagi mereka untuk jangkau ke depan dengan lebih tinggi sudah tentu terbuka selepas ini. Jadi jangan rasa gelisah, bukannya hadiah sebagai penamat kepada karier tapi yang penting kalau menjadi juara dan pamerkan bakat serta kebolehan tersendiri," katanya.

-- BERNAMA

New Portfolio A Bigger Challenge For Me -Shabery

KUALA LUMPUR, April 9 - Newly appointed Youth and Sports Minister Datuk Ahmad Shabery Cheek feels that the new portfolio would be a bigger challenge for him than the Information Ministry he had headed.

“I must thank Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak for appointing me as the Youth and Sports Minister because the Youth and Sports Ministry is a more challenging one than the Information Ministry since I will have to look after two sectors - Youth and Sports,” he said.

He added that it was still too early to implement new programmes for both the sectors because many programmes were already in place.

“For a start, I will continue the many programmes that have already been implemented by the previous ministers. I hope to meet former ministers Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob and Datuk Seri Azalina Othman Said to discuss the direction of Youth and Sports in the country,” he said.

Shabery said programmes aimed at the 2012 London Olympics like the “Road To London 2012″ that was launched by Ismail Sabri on Feb 16, must continue as it was to concentrate on badminton, cycling and archery, the three sports, identified as gold medal prospects in the Olympics.

“My biggest challenge will be to find the right formula to win over and convince the youths to readily accept the current government,” he said.

Ahmad Shabery who was the Information Minister, was appointed Minister of Youth and Sports by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak who announced a new look cabinet today.

He replaces Ismail Sabri who now takes over as the Minister of Domestic Trade and Consumer Affairs from Datuk Shahrir Abdul Samad who had tendered his resignation as cabinet minister effective April 8.

– BERNAMA

 

 

KBS perkenal Satu Belia


KANGAR 3 Mei – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan memperkenalkan konsep Satu Belia bagi membantu mempercepatkan pelaksanaan gagasan Satu Malaysia.

AHMAD Shabery Cheek bersama peserta Ekspedisi Generasi Bebas Jenayah selepas majlis pelancaran Hari dan Minggu Belia Negara di pekarangan Stadium Utama di Kangar, semalam. – UTUSAN/MOHD. FAIZAL ABU HASSAN

Menterinya, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, golongan belia perlu disemai dengan semangat dan perasaan sama ke arah menjayakan gagasan yang diutarakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu.

Menurutnya, beliau akan mengadakan perbincangan dengan pegawai KBS dan Majlis Belia Negara berhubung program dan kaedah yang perlu dijalankan bagi menjayakan konsep tersebut.

‘‘Konsep Satu Malaysia tidak akan dapat dibina dalam tempoh yang singkat sekiranya golongan belia di negara ini yang berjumlah kira-kira 12 juta daripada 27 juta penduduk negara tidak disatukan.

‘‘Konsep Satu Belia perlu dipupuk dari peringkat sekolah bagi menyatukan rakyat Malaysia,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas mewakili Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan sambutan Hari dan Minggu Belia Negara peringkat Kebangsaan 2009 di pekarangan Stadium Utama Kangar.

Hadir sama ialah Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Tema hari dan minggu belia tahun ini ialah Satu Belia; Belia Berwawasan Penggerak Kejayaan.

Pelbagai program diadakan sempena majlis itu termasuk aktiviti lasak, kursus, kebudayaan, sukan dan pameran.

Ahmad Shabery memberitahu, untuk tujuan itu juga KBS akan menjalankan program bagi menggalakkan belia agar menceburi aktiviti berpersatuan yang akan diberi ‘nafas’ baru.

‘‘Kini terdapat kira-kira 200,000 belia yang terlibat dengan aktiviti persatuan di seluruh negara iaitu membabitkan kira-kira 4,000 persatuan.

‘‘Ini merupakan jumlah yang sedikit berbanding jumlah belia yang ada di negara ini. Oleh itu, KBS akan mengenal pasti kaedah yang boleh menggalakkan mereka berpersatuan,” jelasnya.

Menurutnya, penglibatan belia dalam persatuan dapat mendedahkan golongan itu dengan pelbagai maklumat baru, peluang pekerjaan, pembinaan jaringan hubungan dan pelbagai perkara berfaedah.

 

Shabery Chik tidak setuju gelaran samseng jalanan

SEREMBAN 23 Mei — Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek tidak bersetuju istilah samseng jalanan digunakan bagi menggantikan gelaran mat rempit untuk merujuk kepada penunggang motosikal yang berlumba secara haram di jalan raya dan turut berkelakukan ganas.

“Gelaran samseng jalanan agak keterlaluan. Hanya segelintir sahaja dari mereka di kalangan mat rempit yang terlibat dengan jenayah manakala sebahagian besar lagi hanya anak muda biasa,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Baru-baru ini Ketua Trafik Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof berkata istilah mat rempit perlu ditukar kepada samseng jalanan di samping dikenakan hukuman lebih berat termasuk penjara mandatori kepada golongan ini.

Gelaran samseng jalanan lebih sesuai kerana tindakan dan kelakuan ganas golongan itu boleh mengancam nyawa orang lain, katanya.

Ahmad Shabery berkata fenomena merempit merupakan satu ledakan budaya yang berlaku di mana-mana negara seperti yang dipaparkan dalam filem hollywood seperti Tokyo Drift dan The Fast and the Furious.

— LAGI SHABERY-REMPIT 2 (AKHIR) SEREMBAN “Keadaan ini sama dengan senario yang berlaku pada 80-an apabila masyarakat menentang budaya kumpulan motosikal scrambler dan tarian breakdance,” tambahnya.

Namun Ahmad Shabery tidak bersetuju dengan tindakan kumpulan mat rempit yang dikatakannya memang sengaja mencari nahas kerana tidak mahu berlumba di tempat yang sudah disediakan.

“Mereka ini bukan berminat hendak berlumba secara betul. Kalau betul mereka serius nak aktif, mengapa tidak tubuh persatuan atau masuk persatuan lumba motor yang sedia ada,” katanya.

Beliau mahu pihak berkuasa melihat kepada akar masalah ini iaitu peranan ibu bapa kerana banyak motosikal yang dipakai oleh remaja mat rempit merupakan milik ibu bapa mereka.

— BERNAMA

 

Selamat datang ke Portal Majlis Belia Selangor!


ALLAH LANJUTKAN USIA TUANKU

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

MAJLIS BELIA SELANGOR MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA SEMUA BELIA 1SELANGOR KE KUALA SELANGOR SEMPENA SAMBUTAN HARI BELIA SELANGOR 2010

MAJLIS BELIA MENGALU-ALUKAN KEDATANGAN ANDA, RAKAN-RAKAN BELIA 1MALAYSIA SEMUA! 







-----------------------------------------------------------------------------------------------------------


   
SKUAD MAJLIS BELIA SELANGOR PERTAHANKAN STATUS NAIB JOHAN KESELURUHAN FIESTA KEJOHANAN SUKAN KEBANGSAAN SEMPENA HARI BELIA NEGARA 2009 DI MELAKA BANDARAYA BERSEJARAH.

Melaka, 17 Mei 2009, Skuad MBS yang diketuai oleh Saudara Haris Azman (Ahli Majlis Tertinggi MBS dan 4B Selangor) sebagai Ketua Kontigen sekali lagi mengekalkan prestasi naib johan keseluruhan di Kejohanan Sukan Belia Kebangsaan 2009.  Beliau bersama Saudara Azwan Dato' Yassir (KPPMS Selangor) sebagai Timbalan, Saudara Haizi (SUA MBD Klang) sebagai pengurus sukan Sepak Takraw - Naib Johan, Saudara Navin (AMT MBS dan KBBT) sebagai pengurus Badminton- Tempat Ke3, Saudara Zainuddin Atai (Timbalan Pengerusi MBD Gombak dan 4B Gombak) sebagai pengurus futsal - Naib Johan, Saudara Othaman (Timb. Pengerusi MBD Sepang dan MAYC Sepang) sebagai pengurus Bola Tampar- JOHAN, Saudari Ruhaiza (MAYC Selangor) sebagai pengurus Bolajaring - Kalah ke Separuh Akhir dan Saudara Johan Norzaimi (AMT dan KPPMS)  sebagai Pengurus Senam Robik telah mengembeleng tenaga sepenuhnya dalam usaha membantu atlit-atlit MBS untuk mengharungi perlawanan demi perlawanan.

Syabas diucapkan kepada mereka dan kepada semua peserta MBS kerana mereka berjuang atas semangat belia tanpa mengharapkan imbuhan berbanding dengan pasukan lain. dan yang lebih membanggakan, mereka dapat mengalahkan pasukan yang lebih kuat seperti Wilayah dan Negeri Sembilan yang rata-rata dibarisi oleh pemain kebangsaan. Tahniah Skuad Selangor Darul Ehsan!

    


ISA : SATU PENJELASAN PERSATUAN GRADUAN MELAYU MUDA
AMAT mengejutkan apabila kajian rambang yang dilakukan oleh Biro Undang-undang Tindakan Siswa Bersatu Universiti Kebangsaan Malaysia (TSB) pada 2001 ke atas 100 orang mahasiswa UKM yang menentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), menunjukkan kesemua mereka tidak pernah melihat, memegang dan menyelak sehelai demi sehelai Akta 82 tersebut yang keseluruhannya mengandungi 85 Seksyen, 4 Bahagian, 12 Bab dan 3 Jadual.

Saya tidak menyalahkan mereka dan ratusan ribu lagi rakyat Malaysia yang menentang ISA ini kerana jelas mereka menentang akta tersebut semata-mata kerana emosi dan sentimen. Membaca helaian demi helaian akta Parlimen juga bukanlah hobi yang menyeronokkan. Sebab itulah wujud jawatan peguam yang di bayar oleh anak guamnya supaya membaca dan memahami akta Parlimen mengikut selera pembayar upah professional peguam tersebut.

Daripada satu sudut, jelas juga kepada kita bahawa kempen pakatan pembangkang dan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) telah berjaya meresap masuk ke dalam pemikiran kesemua ribuan penentang dengan momokan “ISA Zalim” dan “ISA Tahanan Tanpa Bicara”.

Pemikiran songsang ini melewati empat generasi kerana selalunya, bayi-bayi yang masih menyusu badan juga diusung menyertai demonstrasi anti ISA.

Tahniah juga kepada GMI kerana tanpa perlu berkempen menggunakan modal yang besar dan tanpa perlu ayat panjang berjela, beribu-ribu orang rakyat marhaen bersedia turun ke jalan raya menentang suatu akta yang mereka sendiri tak tahu hujung pangkalnya.
>> Baca lagi
Kenyataan Akhbar Yang Dikeluarkan Oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Mengenai Peranan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu
“Raja-raja Melayu mempunyai peranan perlembagaan untuk melindungi keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja Melayu, melindungi Agama Islam, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia.

“Tindakan pihak-pihak tertentu mempertikai dan mempersoalkan perkara-perkara tersebut yang menjadi asas utama pembentukan negara Malaysia dan termasuk dalam Perlembagaan Persekutuan telah menimbulkan kegusaran dan keresahan di kalangan rakyat.
>> Baca lagi
Mencari damai dalam demokrasi

SEWAKTU ingin menulis artikel ini, saya langsung teringat kepada ucapan Tun Dr. Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri kita semasa Konvensyen Ulang Tahun UMNO yang ke-50, lebih 10 tahun yang lepas. Setelah sekian lama, hari ini saya semakin terasa akan kebenaran kenyataan Dr. Mahathir. Betapa jauh dan dalamnya kemampuan beliau “berfikir dan menaksir”. Ucapan beliau yang saya maksudkan itu antara lainnya menyatakan:

“Bangsa-bangsa Barat cuba mendakwa bahawa demokrasi tidak cacat dan menganggapnya sebagai satu sistem yang tidak ada siapa boleh mempertikaikan atau mengubahnya. Mereka menciptakan slogan ‘Vox Populi, Vox Dei‘ iaitu suara ramai adalah suara Tuhan.

“Tetapi percayalah demokrasi bukan suara Tuhan dan jauh daripada sempurna, bahkan ia penuh dengan kecacatan yang boleh membinasakan pengamalnya dan menjadikan mereka mangsa kezaliman demokrasi yang tidak kurang buruknya daripada kezaliman sistem feudal atau diktator.”


>> Baca lagi
"Kerana Mu Malaysia Maju"
"Kerana Mu Malaysia Maju"
Apabila kerajaan memperkenalkan Hari Pekerja beberapa dekad yang lalu, ia adalah tentang aspirasi negara. Dan saya bersetuju. Hari ini ia adalah tentang masa hadapan negara kita yang megah ini. Ia adalah tentang kita semua bangkit kepada cabaran memberi nafas baru kepada Malaysia.

Kini ia juga tentang mengiktiraf sumbangan semua rakyat Malaysia yang telah memberikan kekuatan, kemakmuran dan harmoni kepada negara kita. Para pekerja biasa yang menjadikan Malaysia seperti apa yang ada masa ini.

Oleh itu saya ingin mendedikasikan Hari Pekerja ini, 1 Mei 2009 kepada pencapaian sosial dan ekonomi para pekerja Malaysia. Terima kasih - hasilnya adalah luar biasa. Apa yang telah dibina sejak kali pertama para pekerja Malaysia dihargai adalah luar biasa.
>> Baca lagi
PM: Beri cadangan tentang belanjawan negara, Rakyat didahulukan
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau menghargai setiap kritikan tetapi ia hendaklah dibuat dengan cara yang betul, di tempat dan masa yang bertepatan.     
    
Malahan, katanya, jika tiada ruang untuk kritikan membina mahupun pertentangan pendapat yang dilakukan dengan cara yang betul dan dengan niat yang baik, ia akan merugikan kerajaan.
    najib razak acccim 170409 pc
"Dalam perkhidmatan kerajaan, sebagai contoh, semestinya seseorang itu perlu setia kepada pemimpin. Tetapi seseorang itu hendaklah setia selagi pemimpin itu juga setia, komited kepada tugas dan berdedikasi," katanya dalam laman blog beliau, www.1malaysia.com.my, mengenai nilai kesetiaan dan penerimaan sebagai satu daripada nilai utama 1Malaysia.
    
Najib berkata kesetiaan tidak bermakna seseorang itu tidak boleh mengkritik pemimpin, lapor Bernama.
    
"Saya menghargainya, sama ada ianya diasaskan kepada perhubungan peribadi atau dalam konteks rakan sejawatan, bahawa akan ada peluang dan waktu untuk mereka memberikan pandangan yang membina, malahan kritikan, yang pada saya, adalah diperlukan.

>> Baca lagi


Mencari Pemimpin Muda Berkualiti: Pendahuluan

Siapakah pemimpin dan apakah definisi tepat untuk merujuk maksud pemimpin? Ramai penulis beranggapan, pemimpin orang yang berpengaruh serta keupayaan untuk mencari pengikut. Insan seperti Adlof Hitler, Mao Tze Tung, Mahatma Gandhi, Winston Churchill, Martin Luther King, Nelson Mandela dan John F. Kennedy kesemuanya adalah pemimpin. Namun nilai dan kemampuan kepimpinan adalah berbeza antara satu sama lain. Dalam Islam, semestinya Nabi Muhammad SAW merupakan pemimpin unggul yang wajib dijadikan ikutan.

Isu pemimpin dan kepimpinan dalam masyarakat tidak ada kesudahan perdebatannya. Amatlah mustahil sesebuah masyarakat boleh wujud tanpa adanya pemimpin. Pembicaraan awal tentang perkara ini telahpun disentuh oleh ahli falsafah Greek, Plato dalam karya klasiknya ‘Republic’. Beliau menyarankan hanya golongan bijak pandai yang layak diberikan amanah untuk memimpin. Ajaran Kung Fu Tze pula mengarah kepada usaha melaksanakan pemerintahan yang stabil dengan pemimpin dan pengikut memahami fungsi masing-masing.

Para pemikir yang lain pula berpandangan, asas yang paling selamat untuk menilai pemimpin dan kepimpinan ialah dengan melihat perwatakan mereka. Adakah kualiti keperibadian, sahsiah dan akhlaknya cukup kuat? Kata-kata yang dikotakan, pidato yang hebat dan diyakini kepimpinannya lebih penting dari timbunan wang atau harta kekayaan. Penilaian yang objektif ke atas kualiti pemimpin tercapai apabila individu berkenaan mampu menunaikan tugas dan amanah yang dimandatkan di bahunya. Persoalannya, apakah kriteria itu diambil kira sepenuhnya dalam menentukan pemilihan seseorang pemimpin di Malaysia baik dalam Pertubuhan Belia ataupun parti politik?.




>> Baca lagi

Kriteria memilih pemimpin

GOLONGAN muda kini dilihat semakin menjarakkan diri dari menyatakan sokongan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) dan pandangan mereka ini telah dizahirkan ketika pilihan raya umum 2008.

Namun timbul persoalan apakah golongan muda ini benar-benar membenci UMNO dan BN atau mereka semata-mata terpengaruh dengan dakyah yang dimainkan pembangkang? Apakah kemajuan dalam teknologi maklumat seperti internet dan sistem pendidikan turut menjadi penyumbang kepada faktor ini .

Persoalannya sekarang mampukah UMNO dan BN bangkit kembali menjadi wadah perjuangan yang memenuhi inspirasi dan aspirasi golongan muda dan apa yang perlu dilakukan bagi menarik kepercayaan mereka.

 

Bagi mengupas persoalan ini, Mingguan Malaysia telah mengadakan sesi Sembang Politik bersama tiga ahli panel terdiri daripada Presiden Prowaris, Feris Omar, Ahli Jawatankuasa Majlis Belia Malaysia (MBM) Irmohizam Ibrahim dan penganalisis politik, Khairuddin Mohammad Zain bagi mendapatkan pandangan dan berkongsi pendapat mengenai isu berkaitan pembabitan golongan muda dalam arena politik tanah air.
 
Sesi ini yang telah dikendalikan oleh Pengarang Mingguan Malaysia, ZIN MAHMUD dan wartawan Mingguan Malaysia KU SEMAN KU HUSSEIN, ZULKIFLEE BAKAR dan HAFIZAHRIL HAMID, turut membincangkan apa ciri-ciri seorang pemimpin yang diinginkan oleh golongan muda sekarang.


>> Baca lagi

Artikel 153 Perlembagaan Malaysia

Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga hak keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputera. Artikel mengspesifikkan bagaimana kerajaan pusat melindungi kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia juga biasanya dianggap sebagai sebahagian daripada sosial kontrak, dan biasanya dikatakan sebagai pertahanan legal bagi ketuanan Melayu - kepercayaan orang Melayu bahawa mereka adalah penduduk asal Malaysia.

Berikut adalah penyataan penuh Artikel 153 Perlembagaan Malaysia.

Perkara 153. Perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit, dsb. bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak.

(1) Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.


>> Baca lagi
SUDUT WARGA MBS - INFOMBS
 
TEMUI KAMI DI FACEBOOK GROUP MBS



HARI BELIA NEGERI SELANGOR 2010

KOMPLEKS UMNO KUALA 4 SELANGOR
9 JULAI 2010 - 11JULAI 2010
Mulai Jam 9.00 Pagi


PERTANDINGAN BATTLE OF THE BAND SEMPENA HARI BELIA NEGERI SELANGOR 2010



DAN BORANGNYA